RMreview review Malaysia product reviews information top user info shop

RM 300 MAX FINE FOR 9 ROAD OFFENCES

By • Jan 21st, 2010 • Category: ! Product News
RM 300 MAX FINE FOR 9 ROAD OFFENCES
Maximum fine of RM300 on serious offences when rider caught not wearing seat belts, not wearing helmets, speeding more than limit, overtaking on double-lines, queue-cutting, beating the traffic light, using the emergency lane, dangerous driving and overloading. the ops Bersepadu will be use this procedure during Chinese New Year
 
RM 300 MAX FINE FOR 9 ROAD OFFENCES
 
Maximum Fine To Be Imposed On Seat Belt And Helmet Offences
 
KUALA LUMPUR, Jan 21 (Bernama) — Those during an operation codenamed ‘Ops Bersepadu’ From Feb 8 to 22 in conjunction with the Chinese New year celebrations.
 
Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat said these two offences were identified as the causes of serious injuries which contributed to the rise in the number of fatal accidents.
 
Seven other serious offences which would also be imposed the maximum fine were speeding, overtaking on double-lines, queue-cutting, beating the traffic light, using the emergency lane, dangerous driving and overloading, he said when launching the road safety campaign in conjunction with the Chinese New Year 2010 celebrations at the Sungai Besi Toll Plaza, near here on Thursday.
 
He said the nine offences were identified during the enforcement of the ‘mini lab’ recently by the Road Transport Department and Road Safety Research Institute (Miros).
 
Meanwhile, the integrated campaign themed ‘Buckle Up, It Is The Law’ was carried out to ensure that road users drove carefully and wore seat belts especially during the festive season to reduce road accidents.
 
 
 
 
 
Denda Maksimum RM300 Jika Tidak Pakai Tali Pinggang Dan Topi Keledar
 
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) — Kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak memakai topi keledar adalah antara sembilan kesalahan serius yang akan dikenakan denda maksimum RM300 dalam Ops Bersepadu sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bermula dari 8 hingga 22 Feb ini.
 
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata dua kesalahan itu dikenal pasti sebagai penyebab kepada kecederaan serius yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kemalangan maut.
 
“Tujuh kesalahan serius lain terdiri daripada memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat, menggunakan lorong kecemasan, memandu secara berbahaya dan membawa muatan lebih had,” katanya semasa melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2010 di Plaza Tol Sungai Besi dekat sini pada hari Khamis.
 
Beliau berkata sembilan kesalahan itu dikenal pasti oleh satu ‘mini lab’ penguatkuasaan yang diadakan baru-baru ini anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros).
 
“Ini sebagai satu amaran awal kepada orang ramai sebab biasanya bila seseorang itu didapati sabit kesalahan di sisi undang-undang trafik, ada yang kata dia tak tahu langsung tentang kesalahan yang dilakukan. Jadi, saya di sini nak pesan supaya semua mesti tahu sembilan kesalahan serius yang dikenal pasti,” katanya.
 
Sementara itu kempen bersepadu yang bertemakan ‘Buckle Up, It Is The Law’ dianjurkan hari ini bertujuan memastikan pengguna jalan raya memandu dengan berhati-hati dan sentiasa memakai tali pinggang keledar semasa memandu, terutama pada musim perayaan.
 
Walaupun undang-undang mengenai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang dikuatkuasakan setahun yang lepas, rakyat Malaysia dilihat masih perlu diingatkan secara berterusan supaya memakai tali keledar itu demi keselamatan mereka.
 
Sehingga kini, hampir 300 kematian dicatatkan akibat kecuaian pengguna kenderaan tidak memakai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang.
 
— BERNAMA
 

Tagged as: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

| All posts by 1,501

Get INFO @ RMReview.com.my everyday for FREE! Bookmark us & Visit RMR everyday! 

Add to Technorati Favorites  

BE THE FIRST TO GIVE COMMENT ABOUT THIS TOPIC!

Apa kata anda pula? Lets Talk about it more here